Sunday, May 12, 2013

~change my mind~

Assalamualaikum

dah 2 bln aku bhenti keje, memg boring betul melepak kt rumah ni. Yang KP pon tak tahu la bila nak postingkan kami...huhu.

ok, apa yang change my  mind nye yer? Aku cuma nak sangat ubah fikiran aku ni yang gatal nak kahwin. please la...ubah, ubah, ubah. Apa nak ubahnya? Aku nak ubah fikiran aku supaya jangan gatal sangat nak kahwin. Nanti dah keje, kumpul duit, beli kereta, beli rumah, hantar mak ayah pergi tunaikan haji.

Kereta apa aku nak beli yer??ermmmm..ha, honda hybrid. perghhh..kereta honda memg dh lama jadi idaman aku, dari honda city, honda civic dan sekarang honda hybrid..wink2.
 rumah pula nak yang mcm mana yer..cri mr google jap..yeah dh jumpa!
 
cantik sgt2!..boleh tak nak tangguh kahwin dulu? nak beli rumah mcm ni dlu. ngeh ngeh ngeh..:D

he..motivasi yang baik untuk aku ubah fikiran..hoho.

Thursday, April 25, 2013

nano na na na na na nano white!!

he...Takde idea dh nk cerita apa. Jadi hari ni aku nk cerita pasal my feberet product ever for my skin.
Yela..kulit aku gelap. senang sgt burn kalau kena matahari. Banyak dah product aku guna, tapi takde pon yg dapat membendung kegelapan kulit aku ni..T_T.

Sejak menjadi tunangan mr Z, aku asyik dikerah untuk memutihkan kulit..huhu. Kejam kan dia, dh memang aku gelap, nak putih macam mana lg! Tapi takpe..aku usahakan juga. Aku pakai product Bengkoang Whitening Mustika Ratu punya product. Aku pakai pencuci muka, moisturizer and foundation. Ni ha bawah ni...:
Mula2 memang nampak skit perubahan muka aku. nampak merah2, x nampak kusam dah. Tapi bila makin lama aku pakai mcm dah takde kesan. Aku pon kurang berminat dah nak guna prosuct ni.

Yg mr Z ni asyik duk suruh aku jgn berjemur ja, tercabar aku! Then aku decide nak cuba product baru. Balik sekolah ja terus pegi guardian, desperate sgt nak cari product pemutih. Salesgirl tu promote aku pakai nano white, aku was2 nak pakai takut tak putih..hehe. tapi aku try jela beli pencuci dia. mula2 pakai, perghhh...best jgak. sejuk ja muka. lepas lap muka memang terasa muka bersih. Aku pakai 2-3 hari takde kesan negatif kt muka aku. aku try dia punya sun protector. Alhamdulillah lepas pakai tu memg kulit burn aku tak bertambah teruk memandang aku memang kena naik moto tghari terik. Setiap kali keluar aku msti pakai. NO MORE BURNs!

Skrng kulit muka aku dh tak nampak kesan burn ni. walaupon aku tak putih lagi, tapi sekurang2nya aku tau cara supaya kulit aku x bertambah gelap. Lepas ni dapat gaji aku nk pegi beli toner and night cream nano white. Harap harap bole putih macam retis DIANA DANIELLE gitu...yehaaa!!

Monday, July 2, 2012

Berpakaian Muslimah

Assalamualaikum sekali lagi..:)

Tetiba rajin nak menaip lagi malam ni..he. Tapi kali ini topiknya Berpakaian Muslimah.

Sekarang ada lagi tak yang tak tahu apa tu baju muslimah? Mustahilkan? sebabnya sekarang dah banyak baju muslimah di pasaran. Dengan berbagai-bagai gaya, bermacam-macam warna. Memang beruntung wanita zaman sekarang nak memilih pakaian. Saiz pun telah dipelbagaikan. Sapa kata susah nak cari pakaian muslimah? 
Apabila berpakaian muslimah, selalu dengar dari mulut-mulut orang, "tak panas ka pakai tudung besar, baju besar, tebal plak tu??". Cuba pakai dulu baru tahu panas ke tak, selesa ke tak. Berbaju muslimah ni sebenarnya best sangat. Memang menyesal tak berubah dari dulu. Kalau dulu selalu pakai pakaian ketat-ketat, bila berpeluh ja mesti melekat pada badan dan tak selesa. Tapi bila berbaju muslimah yang longgar, rasa selesa ja. Dapat rasakan ada angin masuk dalam baju tu. Kalau berpeluh pon tetap selesa. Itu baru baju. 
Bila dah pakai baju longgar, seluar longgar, tudung pula cam mana? Tentu la kita mahu yang labuh kan. Tudung labuh ni sebenarnya betul-betul dah membantu aku bila berhadapan dengan orang ramai. aku jadi makin yakin bila bertudung labuh. Waktu aku brtudung singkat dulu, aku malu pakai tudung singkat bila keluar. Tapi kenapa la aku bodoh sangat tetap pakai tudung macam tu..Y_Y.

And last sekali stokin kaki. Susah ka nak pakai? Tak pun. Sepanjang aku memakai stokin kaki ni memang banyak perubahan aku nampak pada kaki aku. Tak lagi berbelang, kulit pun dah tak kering, kuku pun kelihatan lebih bersih berbanding kalau tak pakai stokin. 

Setelah aku cuba ubah pemakaian aku ni, aku boleh nampak bertapa banyaknya kebaikan apabila seorang wanita menjaga aurat. Secara tidak langsung badan kita lebih bersih apa bila kta menjaga aurat. Jadi di sini aku nak sarankan bagi wanita2 yang ingin berubah, jangan la fikir banyak-banyak kali. Memang banyak kelebihan yang kita boleh nampak, tu belum masuk lagi ganjaran-ganjaran yang Allah SWT bakal berikan.



pentingnya teman

assalamualaikum berjumpa lagi kita...


Pernah tak kita terfikir dulu, mungkinkah satu hari nanti kita akan bertudung labuh? mungkinkah kita akan berseluar besar? tentu tak kan? Apabila kita nak bertudung labuh ni atau berhijrah kepada yang lebih baik, mesti kita akn terfikir macam2 seperti apa kata orang sekeliling terutamanya rakan-rakan. kalau yang memberikan dorongan tu, alhamdulillah la. Tapi macam mana pula yang mengutuk, melemahkan semangat?


Memang banyak dugaan yang akan kita hadapi bila nak berubah ni. Dalam hendak berubah ni la pentingnya teman. Teman for what? Secara jujurnya, walaupun perubahan aku sedikit, tapi aku tak nafikan pentingnya peranan teman. Teman tu bf ka?? No la..but sometimes yes..:). Ok, kalau bf tu, macam mana dia membantu? Disebabkan dia lelaki, aku selalu nak tahu pendapat dia mengenai pakaian wanita. Dari situ la dia akan beritahu pakaian tu seksi ke tak, boleh menghairahkan lelaki  ke tak. Wanita memang tak lari dari kehendak untuk kelihatan cantik dari segi berpakaian sehingga kita lupa apa itu aurat dan kadang-kadang bagi kita pakaian tersebut tidak menghairahkan lelaki padahal sebenarnya boleh. Apapun untuk selamat, pilihlah pakaian yang besar, tidak jarang dan labuh. Selain bf, rakan kita juga boleh jadi teman. But how? Rakan kita ni boleh temankan kita beli pakaian yang menutup aurat, tudung labuh. Yang lebih baik ajak kita ke surau..:).


Aku berharap sangat suami aku nanti akan jadi peneman aku untuk aku berubah menjadi bidadari syurga. 

Tuesday, May 22, 2012

JODOH

Assalamualaikum wahai sahabat,


Alhamdulillah aku masih lagi bernafas hari ni. masih berkesempatan melihat bumi Allah SWT ni..:)


Memandangkan umor aku ni dah nak masuk 23 tahun, maka keluarlah hormon2 gatai nak kawen ni..hehe.
Kalau ikutkan mak ayah aku, calon tak kisah sangat. Asalkan rajin kerja, perangai elok, boleh jaga anak dara dia ni..ngee. Pada aku, betul juga apa yang mak ayah aku nak tu. Tetapi, kalau nak cari seorang lelaki yang betul2 memnuhi ciri2 aku, ni ha syarat2nya :




Demand x aku?haha...Tak salahkan sebagai wanita aku nak mengimpikan lelaki yang ada ciri2 mcm ni walaupun aku tidak layak untuk lelaki seperti ni. Apapun, aku tetap berdoakan agar aku dijodohkan dengan lelaki yang ada ciri2 ni.


Sebagai manusia, hanya pada-Nya tempat kita meminta. Tidak salah kita meminta sesuatu yang tidak layak untuk kita sebab Kun Fayakun (kalau Dia menginginkan sesuatu, maka akan terjadilah).


Bagi yang dah jumpa jodoh masing2, jagalah cinta anda sebaiknya dan jangan dilupakan cinta kita terhadap-Nya. Bagi yang masih belum bertemu jodoh, amalkanlah doa ini agar dapat membantu kita. Walaupun jodoh kita telah ditetapkan bila, tapi kita tetap perlu berusaha. Lepas berusaha barulah kita redha. Wallahualam..:)





Saturday, May 19, 2012

wonderful week

Assalamualaikum,
Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang mencoretkan sesuatu di blog ini. Sudah hmpir 4 bulan aku mendiamkn diri dan sekarang aku berpeluang untuk mengarang cerita walaupun aku syok sendiri ja..hohoho.


Alhamdulillah selesai sudah istiadat Konvokesyen aku pada 8 mei 2012 di Kampus Baru UPSI, Tanjung Malim. walaupun hari tersebut sesuatu yang berharga, tapi aku macam tak da mood ja nk konvo. Tapi aku tetap bersyukur aku telah menamatkan pelajaran aku lebih awal dari yang dijangkakan.


Belom penat pergi balik tanjung malim selesai, kena pula uruskan majlis persandingan abang aku yang sulong. waaaarggghhhhhhhh...baru tau bertapa penatnya kenduri sebab untuk doorgift, my parents cadangkan semua buat sendiri seperti pulut kacau, agar2, peneram dan tapai(paling laris dalam kenduri tu..hehe). Penat sangat nak packing masuk plastik, then masuk beg kertass pulak. Lepas ni kenduri dah serik dah tak nak buat macam tu..huhu. Nanti kenduri aku kalau boleh nak buat sesimple yang boleh kalau diizinkan. InsyaAllah...




Apapon, sepanjang kesibukan aku ni, anak Pak Maun la yang selalu ada di sisi aku. Sayang hang banyak2 kin. Love U!!!


Monday, January 16, 2012

U're the Only oNE

alhamdulillah selamat aku tiba di bumi alor setar sabtu hri tu bersama yg trsayang. terasa gembira di hati pulang bersama yg tersayang.


sepanjang dia berada di sisi aku, aku cuba memanfaatkn waktu ku utk bersamanya. Kadang2 perasaan sdih tetap ada. 2 hari berlalu tnpa disedari, my luv dh nk pulang...Ya Allah..begitu kompleks perasaan antara seorang wanita & lelaki yg Kau lahirkn ini.Sedih sgt bla memikirkn kami terpaksa berpisah utk jgka masa yg lama..


Ya Allah..aku memohon pada-Mu, percepatkan jodoh antara kami supaya kami trhindar dari maksiat dan fitnah..