Monday, July 2, 2012

Berpakaian Muslimah

Assalamualaikum sekali lagi..:)

Tetiba rajin nak menaip lagi malam ni..he. Tapi kali ini topiknya Berpakaian Muslimah.

Sekarang ada lagi tak yang tak tahu apa tu baju muslimah? Mustahilkan? sebabnya sekarang dah banyak baju muslimah di pasaran. Dengan berbagai-bagai gaya, bermacam-macam warna. Memang beruntung wanita zaman sekarang nak memilih pakaian. Saiz pun telah dipelbagaikan. Sapa kata susah nak cari pakaian muslimah? 
Apabila berpakaian muslimah, selalu dengar dari mulut-mulut orang, "tak panas ka pakai tudung besar, baju besar, tebal plak tu??". Cuba pakai dulu baru tahu panas ke tak, selesa ke tak. Berbaju muslimah ni sebenarnya best sangat. Memang menyesal tak berubah dari dulu. Kalau dulu selalu pakai pakaian ketat-ketat, bila berpeluh ja mesti melekat pada badan dan tak selesa. Tapi bila berbaju muslimah yang longgar, rasa selesa ja. Dapat rasakan ada angin masuk dalam baju tu. Kalau berpeluh pon tetap selesa. Itu baru baju. 
Bila dah pakai baju longgar, seluar longgar, tudung pula cam mana? Tentu la kita mahu yang labuh kan. Tudung labuh ni sebenarnya betul-betul dah membantu aku bila berhadapan dengan orang ramai. aku jadi makin yakin bila bertudung labuh. Waktu aku brtudung singkat dulu, aku malu pakai tudung singkat bila keluar. Tapi kenapa la aku bodoh sangat tetap pakai tudung macam tu..Y_Y.

And last sekali stokin kaki. Susah ka nak pakai? Tak pun. Sepanjang aku memakai stokin kaki ni memang banyak perubahan aku nampak pada kaki aku. Tak lagi berbelang, kulit pun dah tak kering, kuku pun kelihatan lebih bersih berbanding kalau tak pakai stokin. 

Setelah aku cuba ubah pemakaian aku ni, aku boleh nampak bertapa banyaknya kebaikan apabila seorang wanita menjaga aurat. Secara tidak langsung badan kita lebih bersih apa bila kta menjaga aurat. Jadi di sini aku nak sarankan bagi wanita2 yang ingin berubah, jangan la fikir banyak-banyak kali. Memang banyak kelebihan yang kita boleh nampak, tu belum masuk lagi ganjaran-ganjaran yang Allah SWT bakal berikan.



pentingnya teman

assalamualaikum berjumpa lagi kita...


Pernah tak kita terfikir dulu, mungkinkah satu hari nanti kita akan bertudung labuh? mungkinkah kita akan berseluar besar? tentu tak kan? Apabila kita nak bertudung labuh ni atau berhijrah kepada yang lebih baik, mesti kita akn terfikir macam2 seperti apa kata orang sekeliling terutamanya rakan-rakan. kalau yang memberikan dorongan tu, alhamdulillah la. Tapi macam mana pula yang mengutuk, melemahkan semangat?


Memang banyak dugaan yang akan kita hadapi bila nak berubah ni. Dalam hendak berubah ni la pentingnya teman. Teman for what? Secara jujurnya, walaupun perubahan aku sedikit, tapi aku tak nafikan pentingnya peranan teman. Teman tu bf ka?? No la..but sometimes yes..:). Ok, kalau bf tu, macam mana dia membantu? Disebabkan dia lelaki, aku selalu nak tahu pendapat dia mengenai pakaian wanita. Dari situ la dia akan beritahu pakaian tu seksi ke tak, boleh menghairahkan lelaki  ke tak. Wanita memang tak lari dari kehendak untuk kelihatan cantik dari segi berpakaian sehingga kita lupa apa itu aurat dan kadang-kadang bagi kita pakaian tersebut tidak menghairahkan lelaki padahal sebenarnya boleh. Apapun untuk selamat, pilihlah pakaian yang besar, tidak jarang dan labuh. Selain bf, rakan kita juga boleh jadi teman. But how? Rakan kita ni boleh temankan kita beli pakaian yang menutup aurat, tudung labuh. Yang lebih baik ajak kita ke surau..:).


Aku berharap sangat suami aku nanti akan jadi peneman aku untuk aku berubah menjadi bidadari syurga.